MENU

Saturday, January 2, 2010

Kek coklat kukus



yang pasti ada sj penggemarnyer kt rumah ni, terutama ank² cepat jer habis makan. Kek nie baru pg td ku buat. Resepi ni dah lama dalam simpanan, tak igt copy dari sumber mana. Pada yang nak cuba, nah resepinya...

Kek Coklat Kukus

Bahan:
1 cawan cocoa powder
3/4 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak

½ cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara:
Campur koko, gula, susu cair, sus
u pekat manis dan minyak ke dalam periuk.
Masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
Tutup api, biarkan adunan suam.
Tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama.
Telur dipukul hingga kembang, kemudian dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan
masukkan tepung.
Gaul sebati kemudian tuang dalam acuan. Jangan sampai penuh sebab nanti adunan
naik (tuang dalam ½ ac
uan je).
Tutup dengan aluminium foil agar tak masuk wap.
Kukus selama 1 ½ jam baru keluarkan.



Roti sardin





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails