MENU

Saturday, February 28, 2009

Chifon pandan


KEK CHIFON PANDAN

Bahan-bahan A :
6 putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar

Bahan-bahan B :
6 kuning telur
100 g gula halus
120 g tepung naik sendiri
8 sudu besar air pandan
5 sudu besar minyak jagung

Kaedah penyediaan :
1. Pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kental.
2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul kuning telur dan gula hingga gula larut.
3. Masukkan air pandan dan kacau sebati.
4. Tuangkan minyak jagung.
5. Kaup balikkan tepung yang telah diayak.
6. Dengan menggunakan spatula, kaup balikkan bahan A ke dalam bahan B hingga sebati.
7. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang chifon dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C - 170C selama 45 - 50 minit.
8. Terbalikkan loyang, sejurus selepas dikeluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Keluarkan kek dari loyang dengan menggunakan pisau yang tajam.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails