MENU

Saturday, February 28, 2009

macaroni







Biskut







Chifon pandan


KEK CHIFON PANDAN

Bahan-bahan A :
6 putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar

Bahan-bahan B :
6 kuning telur
100 g gula halus
120 g tepung naik sendiri
8 sudu besar air pandan
5 sudu besar minyak jagung

Kaedah penyediaan :
1. Pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kental.
2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul kuning telur dan gula hingga gula larut.
3. Masukkan air pandan dan kacau sebati.
4. Tuangkan minyak jagung.
5. Kaup balikkan tepung yang telah diayak.
6. Dengan menggunakan spatula, kaup balikkan bahan A ke dalam bahan B hingga sebati.
7. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang chifon dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C - 170C selama 45 - 50 minit.
8. Terbalikkan loyang, sejurus selepas dikeluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Keluarkan kek dari loyang dengan menggunakan pisau yang tajam.





Cream puff



Bahan-bahannya:
8 ozs mentega
8 ozs tepong gandum
2 tsp baking powder
16 ozs air sejuk
7 biji telor ayam
sedikit vanilla essence

Intinya:
8 ½ sudu makan penuh custard
200 gm gula pasir
1 biji telor ayam (optional)
8 sudu susu pekat
1 tin susu cair
2 tin susu air sejuk
sedikit essence vanilla

Masukkan semua di dalam periuk dan kacau jangan sampai bergentel, dimasak diatas api perlahan supaya tidak hangus, sentiasa dikacau hingga pekat

Peraturannya:
Air dimasak hingga mendidih, kemudian masukkan mentega biarkan hingga cair dan mendidih sekali lagi, baru masukkan tepung gandum dan dikacau kuat-kuat. Kemudian diangkat dan disejukkan. Setelah sejuk sedikit masukkan telor yang sudah dipukul kembang dan dikacau lagi hingga berkilat. Kemudian dimasukkan dalam piping bag dan dipicit diloyang dan bakar. Potong puff masukkan intinya.






Friday, February 27, 2009

Kek besday ben 10


... 2nd order dari pada kak sakinah untuk besday anak bongsunyer Amirul shazwan yang ke 8 tahun... kak sakinah minta sy buatkan butter kek saiz 8" dengan lapisan buah bluberi bersama karektor karton ben10 kesukaan anak nyer. Harap akk & famili suka.. thanks .





Wednesday, February 25, 2009

Cc anne...


order dari pada anne@kuala kangsar sana nun, nak buat tester ajer kata nyer... sha harap anne n famili suka yer. Tq





Sponge kek


Pertama kali guna tepung mix nie... sungguh mudah kerja ku.





Thursday, February 19, 2009

cmc 500gm


order daripada nyza & kak sarimah.... tq yer





Wednesday, February 18, 2009

Resepi

Salam semua,
Atas permintaan kwn2 ini lah resepi yang sy guna. Selamat mencuba...

KUIH BAKAR

Bahan-Bahan:
Tepung Gandum/tepung ubi 850 gm
Gula kastor 300 gm
Santan 500 ml
Kuning telur 4 biji
Daun pandan

Cara menyediakan:
1. Sangai tepung bersama daun pandan. Biarkan sejuk
2. Didihkan santan bersama gula. Biarkan sejuk
3. Satukan bancuhan santan dengan tepung. Tambahkan kuning telur satu demi satu
4. Gaul sebati hingga menjadi doh putih
5. Gunakan penerap. Tekan doh mengikut bentuk yang di kehendaki
6. Bakar pd suhu 110'c selama 15 minit






Saturday, February 14, 2009

Kek coklat - kak niza



Tempahan dari pada kakak ipar ku yg teringin sgt nak makan kek nie...di dlm nye ada fresh krim, buah bluberi dan coklat fudge...apa pun ku ikutkan sj laa kemahuan mak buyung nie... harap suka yerkkk...





Kek besday adik Hanif



Order dari pada Pn. Mahani kek coklat lembab....




Thursday, February 12, 2009

Kek farewell



Tempahan dari pada kakak ipar ku, katanyer... hendak bawa kek ini kat opis sempena meraikan majlis perpisahan rakan seperjuangan nyer yang akan berkhidmat di bank lain. Thanks yer kak niza....




Wednesday, February 11, 2009

choc moist fudge



...kak norfiah call sy ptg smlm, nak order lagi dua biji kek coklat moist dgn filling choc fudge yang berat nyer 600gm. Kek2 ini nak di berikan kepada saudara nyer.... pd kak nor terima kasih yer.




Tuesday, February 10, 2009

kek besday Fatihah



Tempahan dari pada kak norfiah.. untuk sambut besday anak bongsu nyer Fatihah yg ke 8 tahun hari nie... kek coklat moist + topping ganach + edible image... saiz 8"




Testimonial:

sms daripada kak Norfiah:
Salam shada, anak akk suka sangat, kek tue sedap lemak2 manis rasanya... gambar karton tue sayang la nak makan hihiii...

Wednesday, February 4, 2009

Roti kismis




Roti ini saja ku buat untuk makan2... selebihnya tue blh buat sarapan utk najwa esk sblm dia pergi ke sekolah, suka sgt mkn roti cicah air milo.

Monday, February 2, 2009

Cheese cup cake Niza



Cupcakes cheese dengan topping fresh krim ini di tempah oleh niza, minta buat kejutan smpena besday hasben nyer yang bertugas di kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau, kepada niza tq yer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails